Thursday, July 24, 2008

24 Julai: Hilangnya Mutiara Dakwah Nusantara

Tanggal 24 Julai telah memahat sejarah kehilangan mutiara dakwah nusantara. Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih masyhur dengan gelar Buya HAMKA meninggalkan dunia fana ini untuk mengejar impiannya di akhirat yang kekal dan nyata. Sekalipun lahirnya di Desa Minang, Indonesia namun dirinya telah menjadi ikon yang disegani dan disayangi oleh seluruh nusantara. Beliau adalah tokoh yang jarang-jarang kita jumpai, malah tiada pengganti.

Pemula hidup Buya HAMKA tidak langsung mencerminkan bahawa beliau akan jadinya seorang tokoh dakwah yang sohor namanya. Sekalipun merupakan anak kepada Shaikh Karim Amrullah yang merupakan tokoh gerakan Islam daripada kaum muda, Buya HAMKA tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seperti ayahnya kecuali yang tampak daripada beliau akan kepintaran akalnya.

Namun, titik perubahan kehidupan Buya HAMKA bermula tatkala beliau makan hati akan teguran pedas ayahnya yang tidak lagi menaruh harapan pada beliau sehingga sanggup mengeluarkan kata bahawa beliau adalah anak yang tak berguna. Namun, inilah yang dikatakan perancangan Allah. Atas kerana itu, Buya HAMKA membawa diri lari daripada rumah, lari daripada desanya dan lari daripada tanah airnya. Merantau ke bumi suci Mekah dengan hanya diketahui oleh bapa saudaranya yang membiayainya.

Di bumi Mekah, Buya HAMKA memanfaatkan kepintaran akalnya dengan sebaiknya. Beliau tidak segan bertandang daripada tinag ke tiang mengikuti pengajian tidak formal, menuntut di bawah tunjuk ajar Shaikh-Shaikh yang ada di Masjid al-Haram. Sambil pula berkerja di kedai buku, sambil menyapu, buku-buku yang ada tidak dilepaskan dari dikhatamkan. sesungguhnya, perjalanan seorang permata-mutiara dakwah sudah bermula. Di sinilah, beliau dididik oleh Allah untuk menuruti sunnah-Nya yang sudah pasti dan tentu.

Buya HAMKA kembali ke Indonesia dengan dada yang dipenuhi ilmu. Malah, yang menjadikan beliau unik daripada mana-mana pelajar Indonesia yang mengaji di Mekah, diri Buya HAMKA rupa-rupanya sudah dari dahulupun sememangnya mempunyai kehalusan hati-jiwa nurani. Maka itu, ilmu yang dituntunta disulamkan pula dengan kehalusan pekertinya dan jiwanya sehinggakan menawan hati setiap mad'u yang didekatinya.

Buya HAMKA terus menerus mejadikan dirinya seorang pendakwah yang sohor dan amat berbeza dengan mana-mana pendakwah yang pernah lahir di bumi nusantara ini. Buya HAMKA hadir dengan gelar pendakwah-sasterawan. Beliau tidak lekang daripada mesin taipnya mengetip-ngetip satu demi satu huruf, meluahkan segala yng dirasainya dengan bekal ilmu yang saban masa ditambahi dengan minatnya yang mendalam kepada buku untuk dibaca.

Buya HAMKA, sekalipun telah melaui onak duri di dalam berdakwah. Naik gunung turun gunung. Masuk hutan, keluar hutan. Masuk penjara, keluar penjara. Tapi Buya HAMKA terus gagah menegakkan yang ma'ruf dan keadilan dan gagah jua menetang yang zalim dan kebatilan.

Benarlah pepatah Inggeris yang menyatakan; "When the going gets tough, the tough gets going". Melalui segenap mehnah dan tribulasi yang melanda, Buya HAMKA kekal di barisan hadapan dakwah. Dengan ilmu meluas, hikmah melangit, tidak hairan maka Buya HAMKA terus sahaja disegani dan disayangi oleh segenap manusia tidak kira kawan mahupun musuhnya.

Buya HAMKA... al-Faatihah.

sumber: CahaYa Serata Alam

1 comment:

herizal alwi said...

Kau harapan islam
Kesederhanaanmu mengecap kebahagiaan dunia
Kau ulama' teragung
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwa ummah


PERIBADI HAMKA

Ku ukir rasa kagumku dengan adaptasi sebuah penulisan. Biarpun gambar ketika makan, tiadalah yang dapat ku gambarkan bagaimana kesederhanaanmu meruntun pelbagai jiwa. Biarpun tidak mengenalimu sebagai seorang pemimpin, tetapi dengan hanya melihat dari sudut sebagai seorang manusia, auramu sudah cukup untuk dikagumi.

Mengapa saat melihat wajahmu bagai ada 'nur' terpancar di sebalik kedut-kedut tua?
Mengapa ramai orang suka menatap gambarmu apatah lagi mengumpulnya sebagai koleksi peribadi?
Mengapa menatap gambarmu begitu mengasyikkan? Terlalu bermakna untuk dihayati.
Mengapa keperibadianmu tiada tolok bandingnya?
Mengapa kesederhanaamu digilai rakyat marhaen?
Mengapa manusia suka menjadikan dirimu sebagai idola mereka? Dari sejak kecil?
Mengapa dirimu menjadi bualan masyarakat dunia? Dihormati oleh pelbagai kaum dan agama?

Jasadmu sentiasa dikenali sebagai seorang Ulama Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, di mana-mana saja, kopiah/pici dan serban tidak pernah ditanggal.

Pemimpin yang tahu amanah Allah padanya, tidak sibuk menghimpun harta. Malah lebih mudah menyelami kesusahan hati rakyat. Begitulah kerendahan hati HAMKA menjaga kebajikan umat persis Khalifah Umar Al Khattab.

Cukup terasa apabila rumahmu hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumah yang tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaga.

Cukup terpikat dengan kezuhudan yang hadir membasahi bumi serambi Mekah. Al Azhar bangun bukan bersifat materialistik duniawi tetapi dengan bertunjangkan rohani dalam payungan keberkatan dan keredhaan Allah.

Biar! Biar rakyat miskin harta jangan sekali-sekali miskin ilmu. Biar rakyat kaya amal soleh. Umpama bintang-bintang di langit, kehidupanmu diteladani buat ikutan umat. Susah untuk mencari pemimpin zuhud di fatamorgana ini, semoga HAMKA guru kesayangan dunia diberi tempat yang baik.

Mari teman! Jalankan amanah kita. Begitu pentingnya memilih pemimpin yang adil, bersih dan amanah apabila di"highlight"kan yang pertama sekali daripada 7 golongan yang akan diberi perlindungan Allah kelak di dalam Hadis Muttafaq'alaih.

Sabda Baginda SAW : "Tujuh golongan yang Allah berikan lindungan kepada mereka pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan Allah ; pemerintah yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah...

Kenapa pertama sekali facebooker? Penting sangatkah?

Dr Mustafa Said al Khin dalam kitab Nuzhah al Muttaqin menjelaskan sebab di dahulukan pemerintah yang adil daripada selainnya ialah kerana banyak kebaikan yang berkaitan dengannya.

Menjadi tanggungjawab asas kepada setiap pemimpin memastikan keadilan ditegak dan dipelihara kerana ia akan memastikan banyak kebaikan dapat dinikmati masyarakat. Banyak sabda baginda menyuruh pemimpin bersifat adil. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Ahli syurga itu ada tiga golongan: pemimpin yang adil serta mendapat taufik, lelaki penyayang dan lembut hatinya terhadap kaum kerabatnya dan orang Islam, dan orang tidak kaya yang mempunyai tanggungan banyak tetapi menjaga kehormatan diri dengan tidak meminta-minta." - (Hadis riwayat Muslim)